Loading

Rangka Kerja Dasar-Dasar Pelancongan

Pendekatan Strategik Berasaskan Visi untuk Pembangunan Pelancongan Mampan

Pengenalan Rangka Kerja Dasar-Dasar Pelancongan

Bagi memastikan kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan yang tepat dan berkesan, pemahaman yang menyeluruh terhadap kerangka dasar semasa adalah amat penting. Kajian ini mengguna pakai pendekatan strategik berasaskan visi (vision-based approach), yang menekankan penyelarasan antara dasar, polisi dan sasaran pembangunan pelancongan di peringkat antarabangsa, nasional dan tempatan. Pendekatan ini membolehkan integrasi hala tuju strategik yang holistik melalui kaedah analisis strategik yang sistematik dan berfokus.

Proses kajian melibatkan penilaian terperinci terhadap pelbagai dasar dan dokumen perancangan berkaitan bagi memastikan elemen-elemen dasar yang relevan dapat dikenal pasti dan diterjemahkan secara berkesan ke dalam Kajian Inventori Produk Pelancongan serta Pelan Tindakan Pelancongan di Seberang Perai, Pulau Pinang. Penterjemahan ini adalah penting bagi memastikan cadangan yang dikemukakan bukan sahaja selari dengan dasar sedia ada, malah menyokong keperluan pembangunan pelancongan secara mampan di peringkat tempatan.

Penekanan utama kajian ini adalah terhadap penterjemahan hala tuju strategik yang digariskan dalam Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030, di samping mengambil kira sasaran and prinsip utama dalam kerangka dasar serta dokumen perancangan semasa. Dasar-dasar dan konsep perancangan yang dirujuk, sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah berkaitan, mencerminkan keperluan pembangunan semasa serta aspirasi jangka panjang sektor pelancongan di Seberang Perai. Melalui pendekatan ini, kajian ini bertujuan untuk menyokong perancangan pelancongan yang lebih bersepadu, berdaya saing dan mampan, selaras dengan visi pembangunan wilayah Seberang Perai menjelang tahun 2030.

Rangka Kerja Dasar-Dasar Pelancongan
Rangka Kerja Peringkat Antarabangsa

Peringkat Antarabangsa

Agenda Perbandaran Baru

Agenda Perbandaran Baru

Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDGs)

Matlamat Pembangunan Mampan
Rangka Kerja Peringkat Nasional

Peringkat Nasional

Rancangan Fizikal Negara Keempat (RFN4)

Rancangan Fizikal Negara Keempat (RFN4)

Dasar Pelancongan Negara

Dasar Pelancongan Negara
Rangka Kerja Peringkat Negeri & Tempatan

Peringkat Negeri dan Tempatan

Penang 2030

Penang 2030

Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030

Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030