Loading

Metodologi Kajian

Bagi memastikan kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan yang sesuai, pemahaman yang menyeluruh terhadap kerangka dasar semasa adalah amat penting. Pendekatan strategik berasaskan visi dan dasar diguna pakai untuk mengenal pasti dasar serta sasaran terkini di peringkat antarabangsa, nasional dan tempatan melalui kaedah analisis strategik. Proses ini melibatkan penilaian terperinci bagi memastikan dasar-dasar yang relevan dapat diterjemahkan secara berkesan ke dalam Kajian Inventori Produk dan Pelan Tindakan Pelancongan Seberang Perai, Pulau Pinang pada peringkat akhir kajian.

Fokus utama kajian ini adalah terhadap penterjemahan hala tuju strategik yang digariskan dalam Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai (RTSP) 2030 sebagai kerangka dasar dan dokumen perancangan semasa. Dasar-dasar dan konsep perancangan yang dirujuk adalah selari dengan rajah dasar yang digariskan, bagi memastikan kesepaduan antara hala tuju semasa dan sasaran jangka panjang ke arah pembangunan sektor pelancongan yang mampan di Seberang Perai.

Matlamat Kajian

Matlamat utama kajian ini adalah untuk memastikan:

Matlamat Kajian

Objektif Kajian

Objektif Kajian

Metodologi Keseluruhan

Rajah dibawah merupakan carta alir metodologi kajian menerusi gambaran menyeluruh proses kerja yang akan dijalankan di dalam Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan di Seberang Perai, Pulau Pinang untuk Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Metodologi Keseluruhan Kajian

Pendekatan Kajian

Pendekatan kajian ini menggunakan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang produk pelancongan yang terdapat di kawasan kajian. Tumpuan diberikan kepada pengumpulan data primer dan sekunder bagi memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang diperoleh. Pendekatan ini merangkumi empat (4) komponen utama seperti berikut:

Pendekatan Kajian

Kaedah Pengumpulan Data

3.5.1 Borang Kaji Selidik Produk Pelancongan

Dalam usaha menilai tahap kesiapsiagaan dan potensi sesuatu produk pelancongan di Seberang Perai, satu borang kaji selidik telah dibangunkan yang merangkumi lapan (8) kriteria utama penilaian. Kriteria ini dirancang untuk mendapatkan maklumat menyeluruh berhubung kekuatan, kekurangan serta aspek penambahbaikan yang diperlukan oleh sesuatu lokasi pelancongan. Berikut merupakan setiap kriteria:

Borang Kaji Selidik Kriteria Utama
Borang Kaji Selidik Deskripsi Tambahan
Kriteria Penilaian Produk Pelancongan

ARAHAN: Untuk penilaian produk pelancongan, sila gunakan indikator berikut:

4 SANGAT BAIK Kualiti kriteria yang dirujuk MENCAPAI LEBIH DARI tahap yang dikehendaki
3 BAIK Kualiti kriteria yang dirujuk MENCAPAI tahap yang dikehendaki
2 KURANG BAIK Kualiti kriteria yang dirujuk HAMPIR MENCAPAI tahap yang dikehendaki
1 TIDAK BAIK Kualiti kriteria yang dirujuk TIDAK MENCAPAI tahap yang dikehendaki
Kriteria 1 : Aksesibiliti / Kemudahsampaian
No Sub Kriteria 1.1 : Jarak dan Lokasi Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Berdekatan dengan jalan utama / persimpangan jalan
2 Berdekatan dengan rangkaian pengangkutan lain seperti stesen keretapi, terminal bas.
3 Berdekatan dengan kemudahan lain seperti hotel, restoran.
4 Lokasi yang tidak terdedah kepada bencana alam seperti banjir, tanah runtuh.
5 Aliran trafik yang lancar
No Sub Kriteria 1.2 : Kemudahan Pengangkutan Awam Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Berada di laluan pengangkutan awam seperti laluan bas dan teksi
2 Akses / penyambungan ke kemudahan pengangkutan seperti perhentian bas dan teksi
3 Aliran trafik yang lancar
No Sub Kriteria 1.3 : Jalan / Laluan Masuk Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Laluan masuk yang mudah / dapat dilihat
2 Keadaan laluan masuk untuk pejalan kaki
3 Keadaan laluan masuk untuk kenderaan
4 Penyediaan laluan masuk yang mesra pengguna OKU
5 Bersih dan diselenggara dengan baik
Struktur Binaan Kekal Sementara
1 Struktur binaan jalan masuk (kenderaan)
2 Struktur binaan jalan masuk (pejalan kaki)

KRITERIA 2 : KEMUDAHAN DAN FASILITI ASAS / SOKONGAN

No Sub Kriteria 2.1 : Kemudahan Tandas Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Terletak di kawasan yang bersesuaian
2 Kelengkapan yang mencukupi – Tisu, Sinki
3 Kemudahan untuk OKU disediakan
4 Bersih dan diselenggara dengan baik
5 Keadaan binaan yang baik
Struktur Binaan Kekal Sementara
1 Struktur binaan tandas
No Sub Kriteria 2.2 : Kemudahan Surau Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Terletak di kawasan yang bersesuaian
2 Kelengkapan yang mencukupi – sejadah, kipas
3 Kemudahan untuk OKU disediakan
4 Bersih dan diselenggara dengan baik
5 Keadaan binaan yang baik
Struktur Binaan Kekal Sementara
1 Struktur binaan Surau
No Sub Kriteria 2.3 : Kemudahan Tempat Letak Kenderaan Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Terletak di kawasan yang bersesuaian
2 Mempunyai tempat letak kenderaan pelancongan seperti bas pelancongan
3 Ruang mencukupi untuk pelbagai jenis kenderaan
4 Ruang tempat letak kereta untuk OKU
5 Bersih dan diselenggara dengan baik
6 Keadaan binaan yang baik
Struktur Binaan Kekal Sementara
1 Struktur binaan TLK
Jenis TLK Ada Tiada Catatan
1 Tempat letak kereta
2 Tempat letak kereta OKU
3 Tempat letak motosikal
4 Tempat letak motosikal OKU
5 Tempat letak bas
No Sub Kriteria 2.4 : Kemudahan Penginapan Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Terletak dalam jarak yang mudah dicapai oleh pejalan kaki
2 Terletak dalam jarak yang mudah dicapai oleh kenderaan
3 Kemudahan untuk OKU disediakan
4 Bersih dan diselenggara dengan baik
5 Keadaan binaan yang baik
Struktur Binaan Kekal Sementara
1 Struktur binaan Penginapan
Jenis Penginapan Pilihan Catatan
1 Jenis penginapan Hotel Resort Chalet Asrama Camp
2 Kategori bintang penginapan
3 Bilangan bilik
4 Mempunyai tawaran pakej bersama produk pelancongan
No Sub Kriteria 2.5 : Kemudahan Perniagaan Makanan dan Minuman (F&B) Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Terletak dalam jarak yang mudah dicapai oleh pejalan kaki
2 Terletak dalam jarak yang mudah dicapai oleh kenderaan
3 Kemudahan untuk OKU disediakan
4 Bersih dan diselenggara dengan baik
5 Keadaan binaan yang baik
Struktur Binaan Kekal Sementara
1 Struktur binaan Kemudahan Perniagaan F&B
Jenis Perniagaan Pilihan Catatan
1 Jenis perniagaan Restoran Cafe Gerai Kiosk
2 Mempunyai tawaran pakej bersama produk pelancongan
No Sub Kriteria 2.6 : Kemudahan Perniagaan Cenderahati (Souvenir Shop) Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Terletak dalam jarak yang mudah dicapai oleh pejalan kaki
2 Terletak dalam jarak yang mudah dicapai oleh kenderaan
3 Kemudahan untuk OKU disediakan
4 Bersih dan diselenggara dengan baik
5 Keadaan binaan yang baik
Struktur Binaan Kekal Sementara
1 Struktur binaan Kemudahan Perniagaan Cenderahati
No Sub Kriteria 2.7 : Kemudahan Perniagaan Lain-Lain (Pakaian, Runcit Dll) Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Terletak dalam jarak yang mudah dicapai oleh pejalan kaki
2 Terletak dalam jarak yang mudah dicapai oleh kenderaan
3 Kemudahan untuk OKU disediakan
4 Bersih dan diselenggara dengan baik
5 Keadaan binaan yang baik
Struktur Binaan Kekal Sementara
1 Struktur binaan Kemudahan Perniagaan Lain-Lain

KRITERIA 3 : KEUNIKAN PRODUK

No Sub Kriteria 3.1 : Keistimewaan Sejarah Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Mempunyai perkaitan dengan sejarah tempatan
2 Mempunyai nilai simbolik kepada negeri dan negara
3 Tradisi, budaya, amalan yang masih dikekalkan/diwariskan
4 Sebagai sumber pendidikan bagi generasi muda dan pelancong
5 Komitmen pihak berwajib untuk melindungi dan memulihara tapak sejarah agar tidak rosak atau musnah
No Sub Kriteria 3.2 : Kreativiti / Rekabentuk Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Keaslian, ketulenan dan usia tapak yang masih wujud sejak zaman dahulu
2 Bangunan atau monumen yang mempunyai senibina unik (tradisional, kolonial)
3 Gaya seni dan ukiran yang mempunyai gaya unik (tradisional, kolonial)
No Sub Kriteria 3.3 : Pengiktirafan Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Diiktiraf sebagai warisan kebangsaan
2 Diiktiraf sebagai warisan antarabangsa (UNESCO)
No Sub Kriteria 3.4 : Pengalaman Pelancong Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Menyediakan pelbagai kaedah interpretasi seperti papan tanda sejarah, atau lawatan berpandu yang membantu pelancong memahami sejarah dengan lebih mendalam
2 Aktiviti atau persembahan interaktif yang membolehkan pelancong berinteraksi secara langsung

KRITERIA 4 : AMALAN KESELAMATAN

No Sub Kriteria 4.1 : Fizikal Infrastruktur Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Mempunyai pos / pit keselamatan
2 Laluan kecemasan dan tempat berkumpul dalam keadaan darurat seperti kebakaran atau gempa bumi.
3 Pemasangan CCTV di tempat-tempat strategik
4 Bersih dan diselenggara dengan baik
5 Keadaan binaan yang baik
Struktur Binaan Kekal Sementara
1 Struktur binaan infrastruktur
No Sub Kriteria 4.2 : Peralatan Keselamatan Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Peralatan keselamatan seperti pemadam api, alat pertolongan cemas, dan jaket keselamatan (di kawasan air) perlu disediakan di lokasi dan mudah diakses.
2 Semua peralatan, kelengkapan adalah selamat dan dalam keadaan berfungsi sepenuhnya
3 Sistem penggera kecemasan dan sistem komunikasi untuk memaklumkan kepada pelancong jika berlaku kecemasan.
4 Tanda amaran dan papan tanda keselamatan yang jelas
5 Pemeriksaan berjadual dijalankan untuk memastikan semua peralatan dalam keadaan berfungsi sepenuhnya.
No Sub Kriteria 4.3 : Kakitangan Keselamatan Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Kakitangan keselamatan sentiasa ada seperti polis, rela, sekuriti

KRITERIA 5 : AMALAN KELESTARIAN

No Sub Kriteria 5.1 : Sosial (Komuniti) Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Mengambil kakitangan tempatan untuk jawatan pengurusan dan bukan pengurusan
2 Membeli produk dan perkhidmatan tempatan
3 Melibatkan komuniti tempatan semasa lawatan dan/atau operasi
4 Menyumbang penajaan dalam bentuk (tempat, tenaga kerja, pengangkutan, kepakaran) kepada kebajikan/projek/program komuniti tempatan.
5 Mendidik masyarakat tentang biodiversiti/perlindungan sumber alam
No Sub Kriteria 5.2 : Ekonomi Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Terlibat dalam amalan penjimatan kos dan/atau penjimatan tempatan
2 Mengutamakan kerjasama dengan syarikat/pengendali lain
3 Menderma peratusan keuntungan kepada projek alam sekitar / sosial / budaya
4 Menyumbang penajaan dalam bentuk (tempat, tenaga kerja, pengangkutan, kepakaran) kepada kebajikan/projek/program komuniti tempatan.
5 Terlibat dalam amalan penjimatan kos
No Sub Kriteria 5.3 : Ekologi (Persekitaran) Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Menggunakan inisiatif berkaitan kelestarian untuk tujuan pemasaran.
2 Membeli produk mesra alam.
3 Memastikan pakej dan produk yang ditawarkan tidak mengganggu sistem ekologi.
4 Mengambil bahagian dalam pengurangan, kitar semula dan guna semula (3R) dalam operasi.
5 Membangunkan pelbagai pakej/ program pelancongan yang berkaitan dengan alam semula jadi, budaya dan warisan.

KRITERIA 6 : PEMASARAN DAN PROMOSI

No Sub Kriteria 6.1 : Risalah & Brosur Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Risalah dan brosur maklumat disediakan untuk pelancong
2 Penggunaan bahasa universal dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama
3 Teks, grafik, dan foto adalah jelas
4 Maklumat dan butiran berkaitan diberikan (waktu operasi, promosi dll)
No Sub Kriteria 6.2 : Laman Web / Media Sosial / Tapak e-Dagang Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Laman web/media sosial/e-dagang disediakan kepada pelancong
2 Mengutamakan kerjasama dengan syarikat/pengendali lain
3 Teks, grafik, dan foto adalah jelas.
4 Maklumat dan butiran berkaitan diberikan (waktu operasi, promosi dll)
5 Maklumat adalah relevan dan terkini

KRITERIA 7 : PENAMPILAN DAN PENGALAMAN

No Sub Kriteria 7.1 : Papan Tanda Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Penggunaan bahasa universal dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama
2 Mudah dibaca (warna, fon, saiz fon, susun atur)
3 Bersih dan diselenggara dengan baik
4 Keadaan binaan yang baik
Struktur Binaan Kekal Sementara
1 Struktur binaan Papan Tanda
No Sub Kriteria 7.2 : Petunjuk Arah & Peta Informasi Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Penggunaan bahasa universal dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama
2 Mudah dibaca (warna, fon, saiz fon, susun atur)
3 Bersih dan diselenggara dengan baik
4 Keadaan binaan yang baik
Struktur Binaan Kekal Sementara
1 Struktur binaan Petunjuk Arah & Peta Informasi
No Sub Kriteria 7.3 : Penampilan Fizikal Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Sistem pengurusan sisa yang efisien / teratur
2 Keindahan dan estetika tarikan landskap
3 Susun atur produk pelancongan yang kemas and teratur, seperti laluan, kawasan duduk, taman yang tersusun rapi dan tidak kelihatan berserabut.
4 Ruang direka secara praktikal dan selesa
5 Laluan dan sirkulasi pejalan kaki yang baik
6 Laluan dan sirkulasi OKU yang baik

KRITERIA 8 : KAKITANGAN

No Sub Kriteria 8.1 : Responsif Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Kakitangan sentiasa bersedia untuk menjawab permintaan pelanggan
2 Kakitangan fasih berbahasa universal dengan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa utama
3 Kakitangan menggunakan bahasa yang mudah semasa menyampaikan maklumat.
No Sub Kriteria 8.2 : Layanan Ketersediaan Penilaian Catatan
Ada Tiada 1 2 3 4
1 Kakitangan sentiasa bersopan santun
2 Kakitangan memahami keperluan tetamu

Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024

Portal Kaji Selidik Produk Pelancongan

Portal Kaji Selidik Produk Pelancongan
Portal Kaji Selidik Produk Pelancongan

Ulasan Jabatan Teknikal

Ulasan jabatan teknikal dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas profesional daripada agensi berkaitan terhadap kajian inventori dan penilaian produk pelancongan yang dijalankan. Proses ini bertujuan memastikan data dan dapatan kajian adalah tepat, relevan serta selaras dengan dasar, peraturan dan garis panduan teknikal semasa yang diguna pakai oleh pihak berkuasa. Antara jabatan teknikal yang dirujuk termasuk pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan pelancongan serta perancangan bandar.

Melalui ulasan ini, jabatan teknikal berperanan mengesahkan kesesuaian metodologi kajian, skop analisis dan penilaian yang digunakan, selain mengenal pasti isu teknikal berkaitan kemudahan, keselamatan, kelestarian dan pengurusan produk pelancongan. Input yang diterima turut membantu memperkukuh ketepatan analisis, mengurangkan risiko kesilapan interpretasi data serta memastikan cadangan yang dikemukakan bersifat praktikal dan boleh dilaksanakan.

Sesi Libat Urus Jabatan Teknikal (FGD)

Sesi libat urus jabatan teknikal atau Focus Group Discussion (FGD) dilaksanakan sebagai platform perbincangan berfokus bagi mendapatkan pandangan secara mendalam daripada pihak berkepentingan terhadap dapatan kajian, isu semasa dan potensi pembangunan produk pelancongan. Sesi ini melibatkan penyertaan wakil jabatan teknikal dan agensi berkaitan yang mempunyai peranan langsung dalam perancangan, pengurusan dan pembangunan pelancongan di kawasan kajian.

Perbincangan FGD memberi tumpuan kepada pengesahan dapatan kajian lapangan, perbincangan cabaran pelaksanaan serta cadangan penambahbaikan yang lebih menyeluruh dan realistik. Maklum balas yang diperolehi daripada sesi ini digunakan sebagai asas dalam memperhalusi analisis dan merangka pelan tindakan pelancongan yang lebih bersepadu. Secara keseluruhan, sesi FGD ini membantu memastikan cadangan yang dicadangkan bukan sahaja bersifat teoritikal, malah mengambil kira keperluan sebenar pelaksanaan di peringkat lapangan.